Jiwa Seorang Penyair
- sekuntum puisi naratif eksperimental Elmi Zulkarnain
Aku penyair berjiwa lapar.
Aku penyair berjiwa dahaga.
Aku menagih sekucur ilham dari air hujan dada langit yang pecah. Agar menghamburi dadaku yang rapuh.
Tidak henti keluh melempar-lempar ’aduh’ sehingga getarnya menggoncang gegunung lembah berbatu.
Ibarat lahar gunung berapi yang menguapkan kepedihan dalam jiwaku yang lapar dan dahaga akan ilham.
Jiwa ini pernah sakit dengan kata-kata mereka.
”Mereka kata sastera tiada pentingnya!”
Walhal tanpa sastera, mereka tidak ada rupa. Hanya ibarat lukisan abstrak pada pepasir pantai yang dihanyutkan arus gelombang. Sedangkan keperihan yang meraja dalam jiwaku yang lapar memagut aksara semakin liar.
Aku penyair manusia, penyair bangsa.
Yang menyimpan rindu berdebu tercoret di lembar-lembar kertas. Mencatat segala riwayat derita dan bahagia manusia yang terlontar di rimba pergelutan di jalanan penuh dusta. Aku melukis petaka dan mimpi-mimpi buruk tiada berhujung pangkal.
”Jangan kau kata jadi penyair tiada maksudnya!”
Simpanlah carut-marutmu yang menikam dengan hunusnya yang tajam. Aku tidak perlu kau memahamiku. Kerana jiwaku hanya mampu menyantap untaian ilham Ilahi. Barulah aku kenyang. Kerana dahaga jiwaku hanya mampu lenyap sekiranya Tuhan menitiskan air mata emosi tanpa henti.
Aku tidak akan berhenti menulis. Biarlah rasa lapar yang tidak henti-henti menyiat-nyiat jiwaku terus berteriak. Sehingga Allah memanggil diriku untuk kembali. KepadaNya.
Elmi Zulkarnain
Deklamasi Puisi buat Festival Melayu Ada – 13 March 2010
http://www.youtube.com/watch?v=HhQqfKe3310

Labels: cg elmi, elmi zulkarnain, Jiwa Seorang Penyair

0 Comments:
Post a Comment
<< Home