Counter Stats
melbourne cleaners
melbourne cleaners Counter

Sunday, January 17, 2010

Sajak: Melayu Ada - Versi II @ The Arts House

Semalam, tatkala senja menjelang
Aku bercanda dengan ilhamku
Sehingga tercoret untaian kekata
Yang melukis isi hati berbicara
Sanubari ke mata
Telinga ke minda
Kembali pada jiwa

Mereka kata,
Melayu ada rumah glamor, idola sampai 3
Kereta Korea, plat merah makin banyaknya
Mat rempit penuh bergaya
Asap berkepul, bising eksosnya
IQ rendah mungkin silapnya

Mereka kata, Melayu ada
Ada tempat di DRC dan penjara
Ada khemah di pantai2 semerata
Ada duit, dipinjam dpd tailong agaknya
Ada tatu, seluruh tubuh dipaparnya

Mereka kata, Melayu ada
Ramai tukang kata,
Cerpenis mencari pembaca
Penyajak sembunyikan muka
Tulis novel jadi perhiasan mata
Banyak kata penuh bicara
Namun bertindak, macam tiada

Sajak ini mungkin pekat berkias
Sajak ini mungkin menggugat fikiran yang bernas
Yang sebetulnya,
Sajak ini cuba membongkar kekuatan
Satu bangsa ...

Yang seringnya teraniaya
Dengan pandangan2 stereotaip
Yang sering tiada munasabahnya
Yang cuba melemahkan kita
Yang membantah kejatian Melayu Singapura
Kali ini langit akan mengiringi semangatku
Sedang aku memberontak
Dengan metafora2 tajam
Dengan perumpamaan
Yang bakal merejam

Sedang aku berdiri tegar
Dengan penuh keberanian
Aku melontarkan satu kenyataan
Melayu Ada!Melayu ada akal
Kemampuan berasaskan makrifat
Pendirian yang cekalAkan ku jirus debu-debu kejahilan
Agar cahaya pengetahuan
Dapat menyinari masa depan
Agar Melayu menjadi bangsa berpegangan
Agar anak-anak Melayu hidup kebanggaan

Melayu ada kebebasan
Merdeka untuk menggoncang dunia
Memperjuangkan hak bangsa
Bebas mengejar kesamarataan
Bebas menggapai kegemilangan
Bebas hidup dalam kedamaian

Melayu ada maruahPertahankan adat yang beradab
Perjuangkan bahasa & seni yang menjadi sendi budaya
Yang perlihatkan
Keindahan dan kelembutan Bangsa
Menampilkan jiwa bersantun kita

Walaupun kau cuba benamkan
Senjata ke jasadku
Maruahku tetap bernyawa
Tiada akan lenyap hingga ke akhir masa
Melayu bangsa yang bukan superfisialBukan bangsa yang kontroversial
Bukan bangsa yang mengejar fatamorgana

Melayu adalah Melayu kerana jiwanya
Melayu ada Melayunya
-Kegagahan, kecenderungan, kerianganKebenaran, kebesaran, kesusasteraanDan yang penting,
Kepercayaan Pada Tuhan dan rukun agamaPada siratulrahim dan keluargaPada hidup dan hidup selepas matiPada keikhlasan yang abadi
Melayu ada Melayunya
Kerana Melayu ada kita semua!!!

video

A poem from Elmi Zulkarnain

Labels: , , , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home