Sedingin Embunan di Wajahmu
(i) Sedingin Embunan di Wajahmu
Desah nafasmu membuatku gelisah
Saat kau tiada hari enggan ceria
Ingatkah dirimu
Akan sejarah dahulu
Ketika kau di sampingku
Oh indahnya waktu ..
Apabila gerimis kembali
Titisan air menyentuh diri ini
Sedingin embunan di wajahmu
Mengusik diriku yang mengenangmu
Saat waktu merangkak semakin kau jauh
Aku merindukan getar kasihmu
Resah merasukku aku mencari mu
Tiada siuman mengejar khayalku
Izinkanku selami semula
Ke lubuk hatimu
Menatap wajahmu
Menggetar kalbu
Biarkan ku peluk erat bayangmu
Kerana ku damba akan hadirmu
Selalu …
(ii) Dilema Seorang Pencinta
Sederas mana pun angin bertiup
Berikan aku sejenak pengakuanmu
Bahawa pernah ada rindu dalam kerinduan
Di antara ombak dan pepasir keindahan
Antara deru angin dan kicauan camar
Rintihan hati ini terus dipendam lama
Dengan rentangan waktu yang telah ku lewati
Ku enggan akui cinta kita tiada lagi
Tinggalku hanyut dalam gelombang bimbang
Nada dan lagu cinta kini kebisuan
Enggan lagi langit mengerdipkan gemintang
Termangu terus dalam dilema kerinduan
Elmi Zulkarnain
Desah nafasmu membuatku gelisah
Saat kau tiada hari enggan ceria
Ingatkah dirimu
Akan sejarah dahulu
Ketika kau di sampingku
Oh indahnya waktu ..
Apabila gerimis kembali
Titisan air menyentuh diri ini
Sedingin embunan di wajahmu
Mengusik diriku yang mengenangmu
Saat waktu merangkak semakin kau jauh
Aku merindukan getar kasihmu
Resah merasukku aku mencari mu
Tiada siuman mengejar khayalku
Izinkanku selami semula
Ke lubuk hatimu
Menatap wajahmu
Menggetar kalbu
Biarkan ku peluk erat bayangmu
Kerana ku damba akan hadirmu
Selalu …
(ii) Dilema Seorang Pencinta
Sederas mana pun angin bertiup
Berikan aku sejenak pengakuanmu
Bahawa pernah ada rindu dalam kerinduan
Di antara ombak dan pepasir keindahan
Antara deru angin dan kicauan camar
Rintihan hati ini terus dipendam lama
Dengan rentangan waktu yang telah ku lewati
Ku enggan akui cinta kita tiada lagi
Tinggalku hanyut dalam gelombang bimbang
Nada dan lagu cinta kini kebisuan
Enggan lagi langit mengerdipkan gemintang
Termangu terus dalam dilema kerinduan
Elmi Zulkarnain
P.S Sekali-sekali cintan-cintun .. Boleh eh?


2 Comments:
puisi2nya bagusssss...
lam kenal...
Ke hadapan Andy Hardiyanti:
Salam perkenalan kepada anda juga. Ribuan terima kasih di atas kesungguhan anda mengapresiasi puisi saya.
Ikhlas dpd:
Elmi Zulkarnain
Post a Comment
<< Home