Counter Stats
melbourne cleaners
melbourne cleaners Counter

Thursday, January 24, 2008

Ke Puncak Terbilang


Ke Puncak Terbilang


Dalam setiap hembusan nafas aku rasa tergigit
Kaki tersepit dan raga terhimpit
Takut melangkah keluar
Takut menongkah arus dunia
Aku dikatakan pengecut!

Sebaris kalimah dilaung-laung
Desingan kekata yang membuat aku terhina
Membuat diri semakin resah

Tidak ku mahu mindaku dipenjara
Aku mahu jadi ‘mereka’
Bersaing di persada dunia
Menyumbang bakal pusaka
Idea, tenaga dan apa sahaja
Buat manusia yang ditekan lelah

Bayu yang melenakan harus ku tinggalkan
Terjun ke dalam lautan bergelora rancak
Diri dilepaskan dari pasungan

Mungkin aku akan lemas
Mati ketika memberontak tika bersaing
Mungkin aku akan kesepian rasa terbuang
Itulah resam perjalanan ke puncak terbilang

Aku akan terus mengejar
Biar,
Wajah berubah rambut beruban tua
Biar harus aku merangkak perlahan

Glokal … satu cabaran

Akulah anak Melayu perantau 7 benua
Memencak kaki, berlaga minda
Bersama kesantunan dan adat terjaga

Elmi Zulkarnain
250108

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home