Counter Stats
melbourne cleaners
melbourne cleaners Counter

Monday, October 15, 2007

Air Mata Anak Sumatera


Air Mata Anak Sumatera


Ku tulis sepucuk surat buat Mama
Diharumkan dengan wangian cendana
Bertitiskan air mata anak Sumatera

Isi bumi mengamuk lagi!
Tanah ku cinta digoncang ngeri
Mematahkan sayap-sayap mimpi
Berentak menghentak Barat Sumatera
Membawa kenangan jutaan derita
Pencabut nyawa datang kembali
Anak-anak Sumatera bertempiaran lari

...

Tenang muncul buat seketika
Hembusan angin meniup sayu
Padang dan Bengkulu kesunyian didingini
Pencabut nyawa tidak kesibukan kali ini
Hanya Mamaku yang mungkin dibawa pergi

Aku tertiarap di atas padang rumput
Membibir kata di hujung pena
Langsung juga aku bertanya
Di mana geranganmu Mama?
Andai tertindih, runtuhan mana?
Puas berkeringat mencari dan meraba
Biji bola mataku keputihan, engkau tiada ...
Perlukah ku merobek-robek langit mencari mu
Oh Tuhan, terjangkanlah jauh segala resahku!

...

Takdir mengucapkan salam rindu
Pasrah memelukku
Tinta pena kekeringan
Hatiku tidak lagi berlonjakan
Ku layangkan surat dibawa angin
Membawa segala jeritan kelmarin

Elmi Zulkarnain
Mengenang bencana Sumatera
Terbitan Berita Minggu 7 Oktober 2007
Singapura

Pasca Kata Penulis

Sebagai insan yang berjiwa seni, aku sentiasa mencari keindahan di sebalik setiap karya yang aku lahirkan. Gabungan intelektual yang terbatas dengan bakat artisitk kurniaan Tuhan merupakan intipati sajak-sajak ku.

Tidak pernah sesekali aku setakat melontar kata-kata tetapi sebaliknya memberi perhatian sepenuhnya pada diksi dan kesesuaian bunyi-bunyi kekata. Ada yang mengatakan sajak-sajak aku terlalu sukar untuk difahami. Ada pula yang menyatakan karya-karya aku yang terkini tidak sekompleks karya yang terdahulu. Pada diri ini, aku sedia menerima maklum balas dan kritikan orang ramai. Cuma diharapkan sidang pembaca dapat memahami bahawa apabila aku menulis, aku meraih ilham daripada Sang Pencipta. Maka, kadang-kadang sukar bagi aku membendung apa yang dikurniakannya untuk mengikut cita-rasa orang lain.

Simplistik atau kompleks itu terpulang kepada anda-anda di luar sana. Saya akan terus berusaha untuk menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu untuk masyakarat dan sidang sastera yang ada. Teruslah memberi sokongan anda kepada penulis-penulis yang muda. Sekali lagi, kritikan membina daripada anda semua amat saya alu-alukan.

Ribuan terima kasih saya kepada Sarifah Yatiman, Johar Buang, Helmilina Md Som, Nurlieja Onnawaty, Salbiah Sirat, Alang Budiman kerana sudi berkongsi pendapat mereka dengan saya.

3 Comments:

Blogger Saiee Driss said...

Saya terbaca rencana mengenai Sarawak.

Kalau mahu mengetahui lebih banyak mengenai Sarawak kunjungi http://saieedriss.blogspot.com atau www.pantunonline.com

6:08 AM  
Blogger sumpittsauber said...

sudah lama tidak bertamu di kandang saudara elmi banyak sudah ketinggalan sajak2 anda

4:05 AM  
Blogger sianakwarisan said...

Hi sumpittsauber .. !

Semoga anda akan lebih kerap jenguk-jenguk hasil karya saya bila ada kesempatan. Insyaallah!

Seribu penghargaan saya buat anda yang sentiasa menyokong sajak-sajak saya.

Ikhlas seikhlasnya
Elmi Zulkarnain

8:10 PM  

Post a Comment

<< Home